nuffnang

Isnin, 3 Jun 2013

Ketabahan Siti Hajar

Assalamualaikum  kawan-kawan!Hari ini saya nak kongsikan cerita tentang ketabahan Siti Hajar.

Padang Pasir
   Selain Mariam yang membesarkan ank tanpa suami di sisi,Siti Hajar juga menggalas tanggungjawab yang sama.Beliau adalah isteri kedua Nabi Ibrahim a.s.Sewaktu Siti Hajar melahirkan Nabi Ismail a.s,Allah SWT mewahyukan kepada Nabi ibrahimagar membawa isteri dan anaknya itu kepada sebuah padang pasir yang jauh dari tempat tinggalnya.Nabi Ibrahim metaati perintah Allah,lalu membawa anak dan isterinya menuju ke daerah yang kering kontang.

Perintah Allah
  Ketika Nabi Ibrahim a.s.ingin meninggalkan isteri dan anaknya,bertanyalah Hajar."Apakah perbuatanmu ini wahai suamiku adalah perintah daripada Allah?"
  Nabi ibrahim mangangguk tenang.hatinya berasa sedih,namun akur akan perintah Allah SWT."Janganlah dikau bimbang suamiku.Jika ini perintah Allah, nescaya Dia tidak mensia-siakan kami," pujuk Hajar.
   Lalu, tinggallah dia bersama anaknya yang masih kecil di padang pasir yang panas terik.

Air Zam-zam
   Seketika,anak kecil Hajar menangis kehausan.Hajar panik.Dia berlari-lari di antara Bukit Sara dan bukit Marwah untuk mencari air.beberapa kali Hajar berlari,dia tidak menyadari bahawa terbit air dari tendangan kaki anakkecilnya.Hajar berasa sangat gembira.Bbirnnya segera mennyebut ,"Zam...Zam...".
   dengan air itulah,Hajar memberi minum kepada anak kecilnya.

Kiblat Umat Islam
   Kehidupan Siti Hajar dan anaknya Ismail,mulai berubah apabila terdapat rombongan kafilah Arab yang mahu menetap bersama mereka lantaran sumber air zam-zam.Daripada komuniti yang kecil berubah  menjadi sebuah perkampungan  yang bear dan dinamakan Mekah Al-Mukarramah.Tidak lama kemudian Nabi Ibrahim a.s. diperintahkan oleh Allah,agar membina rumah Allah(Baitullah) yang di panggil Kaabah.di sanalah kiblat umat islam di seluruh dunia.
    Kini,kisah ketabahan Siti Hajar sentiasa menjadi ingatan umat islam yang berkunjung ke Mekkah dan Madinah.Dalam ibadah Haji dan umrah,umat islam berlari diantara Safa dan Marwah sebagai memperingati pengorbanan Siti Hajar kepada suami dan anaknya.



Kesimpulan
   Begitulah kawan-kawan, Allah SWT  akan memulikan hamba-Nya yang sentiasa yakin pada suruhan Allah.melalui Siti Hajar inilah,keturunan mulia Rasul Junjungan kita,Nabi Muhammad SAW berkembang.Sesungguhnya,Siti Hajar dan keluarganya adalah insan pilihan Allah  SWT untuk dicontohi umat manusia.

Sabtu, 27 April 2013

Khasiat Kentang

Assalamualaikum kawan-kawan ,jom kita ketahui khasiat kentang.

-Antaranya potassium,vitamin C (sumber kedua selepas oren) ,membekalkan karbohidrat kompleks  dan fiber atau gentian kepada gula darah (blood sugar) dan pengawalan tekanan darah.
-Ia juga mengandungi  vitamin B1,B2danB3 sertasedikit kandungan protein dan zat besi
-Kandungan potasium kentang,dua kali dari kandungan potasium dalam pisang dan fiber
-Jumlah lemaknya adalah di bawah paras 25 peratus sehingga dapat menghalang endapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah.
-Ianya sangat baik  untuk menstabilkan teekanan darah.

Jumaat, 15 Mac 2013

Nabi nuh a.s. Tinggalkan Empat Wasiat

Assalamualaikum...kawan2 dah lama saya tak tulis entri,hari ini saya nak tulis tentang wasiat Nabi Nuh.
   SebelumNabi Nuh a.s. wafat,baginda berwasiat kepada anak-anaknya.Wasiat baginda dapat dibaca dalam hadis di bawah:
  Suatu ketika Rasulullah SAW duduk bersama para sahabat.Kemudian datang seorang lelaki Badwi kepada mereka.Lelaki Badwi itu memakai jubah besar berwarna hijau yang berhias sutera iaitu sejenis pakaian yang melambangkan dan kesombongan pada ketika itu.
 Apabila ketika itu,Rsulullah SAW berkata kepada para sahabat,"Sahabat kita yang datang ini telah merendah-rendahkan pahlawan perang dan menjadikan para pengembala bermegah-megah."
  Kemudian Rasulullah memegang jubahlelaki itu dan berkata kepadanya,"Aku lihat kamu memakai baju orang yang tidak ada akal!"
 Kemudian Nabi bercerita pada para sahabat mengenai wasiat Nabi Nuh kepada anak-anaknya.Kata Nabi Nuh,"Aku berwasiat kepada kamu supaya memegang dua perkara dan menjauhi dua perkara.Pertamaberpeganglah kepada kalimah La ilahaillah.Sesunguhnya apabila kalimah ini di timbang bersama tujuh petala langitdantujuh petala bumi,pasti kalimah ini lebih berat timbangnya.Sesunguhnyalangit dan bumi itu kejadian yang rapuh, maka ia dikukuhkan dengan kalimah La ilahaillah.Kedua,perbanyakkanlah tasbih dan takbir kepada Allah SWT,dengan itulah Dia mengurniakan rezeki kepada hamba-hamba-Nya.dan jauhilah syirik dan takabur."
    Kata para sahabat,"Wahai Rasulullah, kami faham maksud syirik namunapakah maksuk takabbur? Adakah takaburbereti orang itu memiliki kasut cantik dan memakainya?"
       Jawab Rasulullah "Tidak".
atau orang itu memiliki kenderaan yang bagus lalu dia menunggangnya?"
Jawab Rasulullah "Tidak."

Sabtu, 15 Disember 2012

Keberkatan Surah Yasin

Assalamualaikum kawan2,jom kita tahu keberkatyan surahYasin.
Rasulullah SAW bersabda:"Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan."
Antaranya ialah:
-Jika dibacakan kepada orang sakit terhindar daripada penyakitnya.
-Jika dibacakan kepada orang meninggal dunia, allah SWT akan meringankan seksanya.
-Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
-Jika bermusafir akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
-Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang hendak ditujuinya.








Khasiat Buah Kurma

Assalamualaikum kawan2 jom kita ketahui khasiat buah kurma....

-Saidina Ali r.a meriwayatkan,"Barang siapa yang memakan tujuh butir tamar (buah kurma) setiap hari,ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya".
-Kanak2 digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran,sekaligus membentuk minda kanak2 yang sihat.
-Membentuk sifat penyabar,bersopan santun dan cerdas pemikiran.Rasulullah SAW bersabda:"Berilah makan buah kurma kepada isteri2 kamu yang hamil,kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma,nescaya anak yang bakal dilahirkan itu,menjadi anak yang penyabar,bersopan santun serta cerdas pemikirannya".
-Mengambil keberkatan sewaktu kelahiran.Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya:"Anakku lahir,lalu aku membawanya kepada Nabi SAW lalu Baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma."
-Buah kurma makanan yang paling sempurna.Rasulullah SAW bersabda :"Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan."



Jumaat, 14 Disember 2012

Melancong Ke Melaka

Alhamdulillah cuti kali ni saya pergi Melaka banyak tempat dekat Melaka saya dah pergi.Mula2 saya pergi Bandaraya Melaka cari hotel lepas sampai hotel kitorang dulu sekejap solat asar,Lepas puas rehat kitorang pun pergi jalan kitorang pergi kapal besar dulu tapi tinggal 20 minit je kalau masuk pun sekejap je jadi kitorang ambik gambar dari luar je.Kitorang pun naik beca, mak ambik yang berhenti jadi 25 ringgit kalau tak berenti 20 ringgit je.Berentinya dekat Pokok Melaka,A Famosa dan Rumah Merah.Saya naik beca dengan cik Salmah, Mumtaz naik dengan cikgu Yan, Ijah dengan Hamka pulak naik dengan mak,tiba2 Hamka nangis nak naik dengan cikgu Yan, jadi Ijah dengan mak je.Lepas naik beca kitorang pergi beli cenderamata atas kedai tu ada kedai makan kitorang minum petang pun kat situ la.Cikgu yan dengan ijah makan roti canai .kitorang minum je tak makan apa2.Lepas minum petang kitorang pergi naik River Cruise best.Lepas tu kitorang pergi naik Menara Taming Sari nampak bangunan2 dah la tinggi berpusing 2 pulak tu.Lepas puas jalan2 kitorang cari kedai ikan bakar tanya orang pembawa beca tu katanya kat Umbai tapi bila sampai je kat Umbai kitorang tak jumpa2 pun kedainya kitorang tanya orang kedai dia kata tak tau kat mana padahal kitorang nak balik je ada tulis kat situ cuma 100 meter je lagi takkanlah dia tak tau kat mana.Kitorang pun dah penat jadi balik je la.Lepas balik kitorang tidor.Besok paginya kitorang bersiap kemas barang.Kitorang ada pergi Zoo Melaka kitorang kena jalan kaki pusing satu zoo penat.lepastu kitorang pun balik.

Saya dan Cik Salmah








 A Famosa

di Pokok Melaka

Kami naik River Cruise

di dalam Menara Taming Sari


Zoo Melaka

Khamis, 13 Disember 2012

Membaca Al-Quran

Assalamualaikum,kawan2 jom kita manfaatkan cuti sekolah kita dengan perkara yang berfaedah seperti membaca al-Quran.
Walaupun kita sudah pandai membaca al-Quran,tetapi boleh gunakan masa yang ada untuk melancarkan lagi  bacaan dengan baik.Malah,kita boleh mempelajari pelbagai jenis taranum atau jenis2 lagu ketika mambaca al-Quran seperti Hijaz dan Baiyati.
Alhamdulillah pada waktu cuti kali ini pihak masjid ada menganjurkan program kem hafazan al-Quran.dapat ilmu baru dan jumpa kawan2.Ada Kak Emi ,Nabila,Rabiatul,Rasyidah, Wawa,Juma dan Aina serta ramai lagi.
Membaca al-Quran tanda cinta pada Allah 



Kenali Matahari

  Assalamualaikum kawan2 jom kita kenali Matahari

- Matahari merupakan bintang terdekat dengan Bumi.
-Jarak purata 149,680,000 kilometer (93,026,724 batu).
-Matahari dan lapan buah planet Sistem Suria.
-Matahari mempunyai diameter 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 darjah celsius dan suhu  teras 15 juta darjah celsius.
-Matahari dikelaskan sebagai bintang kerdil jenis G.
-Cahaya dari matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke Bumi.
-Namun,cahaya yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari akan menjadi buta. 

Isnin, 3 Disember 2012

Pendaftaran Online Tahun Satu

Assalamualaikum..sungguh mudah sekarang ni daftar sekolah anak online sahaja. Saya menyemak status permohonan anak saya yang akan memasuki darjah satu pada 2013 tetapi malang tiada pengesahan lantas saya menghubungi pihak sekolah..kerani sekolah menjawab tak pe Puan jgn risau kalau hari tu Puan dah buat pengesahan pada pihak sekolah tandanya anak Puan sudah diterima..Emm..ye ke..tak pe sangka baik je maklum sistem sekarang ni kadang2 memang begitu banyak menguji kesabaran... Bagi yang ingin mendaftarkan anak2 dan menyemak staus permohonan jangan lupa baca setiap tatacara pada link di sini  begitu juga dengan mengisi permohonan melalui online ..ini hanya utk di negeri Selangor sahaja