nuffnang

Isnin, 3 Jun 2013

Ketabahan Siti Hajar

Assalamualaikum  kawan-kawan!Hari ini saya nak kongsikan cerita tentang ketabahan Siti Hajar.

Padang Pasir
   Selain Mariam yang membesarkan ank tanpa suami di sisi,Siti Hajar juga menggalas tanggungjawab yang sama.Beliau adalah isteri kedua Nabi Ibrahim a.s.Sewaktu Siti Hajar melahirkan Nabi Ismail a.s,Allah SWT mewahyukan kepada Nabi ibrahimagar membawa isteri dan anaknya itu kepada sebuah padang pasir yang jauh dari tempat tinggalnya.Nabi Ibrahim metaati perintah Allah,lalu membawa anak dan isterinya menuju ke daerah yang kering kontang.

Perintah Allah
  Ketika Nabi Ibrahim a.s.ingin meninggalkan isteri dan anaknya,bertanyalah Hajar."Apakah perbuatanmu ini wahai suamiku adalah perintah daripada Allah?"
  Nabi ibrahim mangangguk tenang.hatinya berasa sedih,namun akur akan perintah Allah SWT."Janganlah dikau bimbang suamiku.Jika ini perintah Allah, nescaya Dia tidak mensia-siakan kami," pujuk Hajar.
   Lalu, tinggallah dia bersama anaknya yang masih kecil di padang pasir yang panas terik.

Air Zam-zam
   Seketika,anak kecil Hajar menangis kehausan.Hajar panik.Dia berlari-lari di antara Bukit Sara dan bukit Marwah untuk mencari air.beberapa kali Hajar berlari,dia tidak menyadari bahawa terbit air dari tendangan kaki anakkecilnya.Hajar berasa sangat gembira.Bbirnnya segera mennyebut ,"Zam...Zam...".
   dengan air itulah,Hajar memberi minum kepada anak kecilnya.

Kiblat Umat Islam
   Kehidupan Siti Hajar dan anaknya Ismail,mulai berubah apabila terdapat rombongan kafilah Arab yang mahu menetap bersama mereka lantaran sumber air zam-zam.Daripada komuniti yang kecil berubah  menjadi sebuah perkampungan  yang bear dan dinamakan Mekah Al-Mukarramah.Tidak lama kemudian Nabi Ibrahim a.s. diperintahkan oleh Allah,agar membina rumah Allah(Baitullah) yang di panggil Kaabah.di sanalah kiblat umat islam di seluruh dunia.
    Kini,kisah ketabahan Siti Hajar sentiasa menjadi ingatan umat islam yang berkunjung ke Mekkah dan Madinah.Dalam ibadah Haji dan umrah,umat islam berlari diantara Safa dan Marwah sebagai memperingati pengorbanan Siti Hajar kepada suami dan anaknya.



Kesimpulan
   Begitulah kawan-kawan, Allah SWT  akan memulikan hamba-Nya yang sentiasa yakin pada suruhan Allah.melalui Siti Hajar inilah,keturunan mulia Rasul Junjungan kita,Nabi Muhammad SAW berkembang.Sesungguhnya,Siti Hajar dan keluarganya adalah insan pilihan Allah  SWT untuk dicontohi umat manusia.