nuffnang

Sabtu, 15 Disember 2012

Keberkatan Surah Yasin

Assalamualaikum kawan2,jom kita tahu keberkatyan surahYasin.
Rasulullah SAW bersabda:"Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan."
Antaranya ialah:
-Jika dibacakan kepada orang sakit terhindar daripada penyakitnya.
-Jika dibacakan kepada orang meninggal dunia, allah SWT akan meringankan seksanya.
-Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
-Jika bermusafir akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
-Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang hendak ditujuinya.








Khasiat Buah Kurma

Assalamualaikum kawan2 jom kita ketahui khasiat buah kurma....

-Saidina Ali r.a meriwayatkan,"Barang siapa yang memakan tujuh butir tamar (buah kurma) setiap hari,ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya".
-Kanak2 digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran,sekaligus membentuk minda kanak2 yang sihat.
-Membentuk sifat penyabar,bersopan santun dan cerdas pemikiran.Rasulullah SAW bersabda:"Berilah makan buah kurma kepada isteri2 kamu yang hamil,kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma,nescaya anak yang bakal dilahirkan itu,menjadi anak yang penyabar,bersopan santun serta cerdas pemikirannya".
-Mengambil keberkatan sewaktu kelahiran.Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya:"Anakku lahir,lalu aku membawanya kepada Nabi SAW lalu Baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma."
-Buah kurma makanan yang paling sempurna.Rasulullah SAW bersabda :"Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan."



Jumaat, 14 Disember 2012

Melancong Ke Melaka

Alhamdulillah cuti kali ni saya pergi Melaka banyak tempat dekat Melaka saya dah pergi.Mula2 saya pergi Bandaraya Melaka cari hotel lepas sampai hotel kitorang dulu sekejap solat asar,Lepas puas rehat kitorang pun pergi jalan kitorang pergi kapal besar dulu tapi tinggal 20 minit je kalau masuk pun sekejap je jadi kitorang ambik gambar dari luar je.Kitorang pun naik beca, mak ambik yang berhenti jadi 25 ringgit kalau tak berenti 20 ringgit je.Berentinya dekat Pokok Melaka,A Famosa dan Rumah Merah.Saya naik beca dengan cik Salmah, Mumtaz naik dengan cikgu Yan, Ijah dengan Hamka pulak naik dengan mak,tiba2 Hamka nangis nak naik dengan cikgu Yan, jadi Ijah dengan mak je.Lepas naik beca kitorang pergi beli cenderamata atas kedai tu ada kedai makan kitorang minum petang pun kat situ la.Cikgu yan dengan ijah makan roti canai .kitorang minum je tak makan apa2.Lepas minum petang kitorang pergi naik River Cruise best.Lepas tu kitorang pergi naik Menara Taming Sari nampak bangunan2 dah la tinggi berpusing 2 pulak tu.Lepas puas jalan2 kitorang cari kedai ikan bakar tanya orang pembawa beca tu katanya kat Umbai tapi bila sampai je kat Umbai kitorang tak jumpa2 pun kedainya kitorang tanya orang kedai dia kata tak tau kat mana padahal kitorang nak balik je ada tulis kat situ cuma 100 meter je lagi takkanlah dia tak tau kat mana.Kitorang pun dah penat jadi balik je la.Lepas balik kitorang tidor.Besok paginya kitorang bersiap kemas barang.Kitorang ada pergi Zoo Melaka kitorang kena jalan kaki pusing satu zoo penat.lepastu kitorang pun balik.

Saya dan Cik Salmah








 A Famosa

di Pokok Melaka

Kami naik River Cruise

di dalam Menara Taming Sari


Zoo Melaka

Khamis, 13 Disember 2012

Membaca Al-Quran

Assalamualaikum,kawan2 jom kita manfaatkan cuti sekolah kita dengan perkara yang berfaedah seperti membaca al-Quran.
Walaupun kita sudah pandai membaca al-Quran,tetapi boleh gunakan masa yang ada untuk melancarkan lagi  bacaan dengan baik.Malah,kita boleh mempelajari pelbagai jenis taranum atau jenis2 lagu ketika mambaca al-Quran seperti Hijaz dan Baiyati.
Alhamdulillah pada waktu cuti kali ini pihak masjid ada menganjurkan program kem hafazan al-Quran.dapat ilmu baru dan jumpa kawan2.Ada Kak Emi ,Nabila,Rabiatul,Rasyidah, Wawa,Juma dan Aina serta ramai lagi.
Membaca al-Quran tanda cinta pada Allah 



Kenali Matahari

  Assalamualaikum kawan2 jom kita kenali Matahari

- Matahari merupakan bintang terdekat dengan Bumi.
-Jarak purata 149,680,000 kilometer (93,026,724 batu).
-Matahari dan lapan buah planet Sistem Suria.
-Matahari mempunyai diameter 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 darjah celsius dan suhu  teras 15 juta darjah celsius.
-Matahari dikelaskan sebagai bintang kerdil jenis G.
-Cahaya dari matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke Bumi.
-Namun,cahaya yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari akan menjadi buta. 

Isnin, 3 Disember 2012

Pendaftaran Online Tahun Satu

Assalamualaikum..sungguh mudah sekarang ni daftar sekolah anak online sahaja. Saya menyemak status permohonan anak saya yang akan memasuki darjah satu pada 2013 tetapi malang tiada pengesahan lantas saya menghubungi pihak sekolah..kerani sekolah menjawab tak pe Puan jgn risau kalau hari tu Puan dah buat pengesahan pada pihak sekolah tandanya anak Puan sudah diterima..Emm..ye ke..tak pe sangka baik je maklum sistem sekarang ni kadang2 memang begitu banyak menguji kesabaran... Bagi yang ingin mendaftarkan anak2 dan menyemak staus permohonan jangan lupa baca setiap tatacara pada link di sini  begitu juga dengan mengisi permohonan melalui online ..ini hanya utk di negeri Selangor sahaja




Ahad, 2 Disember 2012

Bismillah...

Bismillah kalimah teragung daripada Allah SWT saya gunakan dalam entri pertama blog Kerana Mu..semata-mata mengharapkan keredhaan Allah SWT..

Keutamaan Bismillah mengikut Tafsir Ibn Kathir ialah :
1. Membaca basmallah disunatkan pada saat memulakan setiap pekerjaan. 
2. Selain itu basmallah juga disunatkan untuk dibaca di awal wudhu
3. Di sunatkan membaca basmallah ketika hendak makan.
4. Di sunatkan ketika ingin menjalin hubungan intim suami isteri.

Lakukan setiap awal perbuatan atau  pekerjaan dengan lafaz yang mulia Bismillahir Rahmanir Rahim.
Allah SWT sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca ‘Basmallah’.
.
Rasulullah SAW bersabda: “Tiada seorang hamba pun mengucapkan ‘Bismillahir-rahmanirrahim’ kecuali Allah SWT perintahkan kepada para malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku induknya empat ratus kebaikan”.
.
Firman Allah bermaksud: “Maka makanlah daripada (sembelihan binatang yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatnya.” (Surah al-An’am, ayat 118).
.
Rasulullah SAW bersabda: Tutuplah bekas kamu itu, ikatlah penutupnya (bekas minuman yang dibuat daripada kulit), kuncilah pintu dan padamkanlah lampu kerana dengan demikian syaitan tidak dapat lagi menguraikan tali penutupnya dan tidak dapat membuka pintu dan tidak dapat membuka bekas. Jika seseorang di antara kamu hanya dapat melintangkan sebatang kayu di atas bekasnya dan disertakan dengan membaca ‘Basmalah’, maka dia hendaklah melakukannya sebab seekor tikus dapat membakar rumah dan ahli rumah mereka.” (Hadis Riwayat Muslim).