nuffnang

Jumaat, 14 Disember 2012

Melancong Ke Melaka

Alhamdulillah cuti kali ni saya pergi Melaka banyak tempat dekat Melaka saya dah pergi.Mula2 saya pergi Bandaraya Melaka cari hotel lepas sampai hotel kitorang dulu sekejap solat asar,Lepas puas rehat kitorang pun pergi jalan kitorang pergi kapal besar dulu tapi tinggal 20 minit je kalau masuk pun sekejap je jadi kitorang ambik gambar dari luar je.Kitorang pun naik beca, mak ambik yang berhenti jadi 25 ringgit kalau tak berenti 20 ringgit je.Berentinya dekat Pokok Melaka,A Famosa dan Rumah Merah.Saya naik beca dengan cik Salmah, Mumtaz naik dengan cikgu Yan, Ijah dengan Hamka pulak naik dengan mak,tiba2 Hamka nangis nak naik dengan cikgu Yan, jadi Ijah dengan mak je.Lepas naik beca kitorang pergi beli cenderamata atas kedai tu ada kedai makan kitorang minum petang pun kat situ la.Cikgu yan dengan ijah makan roti canai .kitorang minum je tak makan apa2.Lepas minum petang kitorang pergi naik River Cruise best.Lepas tu kitorang pergi naik Menara Taming Sari nampak bangunan2 dah la tinggi berpusing 2 pulak tu.Lepas puas jalan2 kitorang cari kedai ikan bakar tanya orang pembawa beca tu katanya kat Umbai tapi bila sampai je kat Umbai kitorang tak jumpa2 pun kedainya kitorang tanya orang kedai dia kata tak tau kat mana padahal kitorang nak balik je ada tulis kat situ cuma 100 meter je lagi takkanlah dia tak tau kat mana.Kitorang pun dah penat jadi balik je la.Lepas balik kitorang tidor.Besok paginya kitorang bersiap kemas barang.Kitorang ada pergi Zoo Melaka kitorang kena jalan kaki pusing satu zoo penat.lepastu kitorang pun balik.

Saya dan Cik Salmah








 A Famosa

di Pokok Melaka

Kami naik River Cruise

di dalam Menara Taming Sari


Zoo Melaka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan