nuffnang

Sabtu, 15 Disember 2012

Khasiat Buah Kurma

Assalamualaikum kawan2 jom kita ketahui khasiat buah kurma....

-Saidina Ali r.a meriwayatkan,"Barang siapa yang memakan tujuh butir tamar (buah kurma) setiap hari,ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya".
-Kanak2 digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran,sekaligus membentuk minda kanak2 yang sihat.
-Membentuk sifat penyabar,bersopan santun dan cerdas pemikiran.Rasulullah SAW bersabda:"Berilah makan buah kurma kepada isteri2 kamu yang hamil,kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma,nescaya anak yang bakal dilahirkan itu,menjadi anak yang penyabar,bersopan santun serta cerdas pemikirannya".
-Mengambil keberkatan sewaktu kelahiran.Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya:"Anakku lahir,lalu aku membawanya kepada Nabi SAW lalu Baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma."
-Buah kurma makanan yang paling sempurna.Rasulullah SAW bersabda :"Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan."



Tiada ulasan:

Catat Ulasan